Jalinan Kasih Keturunan Tun Puteh, Kg Chepor, Lenggong, Perak
Monday, April 13, 2015
JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH
KG CHEPOR, LENGGONG, PERAK DARUL RIDZUAN
1. PENDAHULUAN
Jalinan Kasih Keturunan Tun Puteh adalah sebuah Pertubuhan Keluarga yang bersangkutan dengan ALIRAN DARAH PENDEKAR Tun Puteh adek kepada Tun Saaban yang membuka PERAK di Tanah Abang. NGO Pertubuhan Keluarga yang bersangkutan dengan ALIRAN DARAH PENDEKAR Tun Puteh ini adalah NGO yang menghimpunkan seluruh ahli-ahli keluarga dan generasi Tun Puteh yang menetap di Kg Chepor, Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Pertubuhan Keluarga yang bersangkutan dengan ALIRAN DARAH PENDEKAR Tun Puteh ini di huraikan seperti di bawah ini dan kini keluarga Tun Puteh ini BERSERAKAN di seluruh Malaysia dan NUSANTARA dan untuk JENERASI Ke Sembilannya telah sampai ke PERANCIS.
Saya hanya akan mencatit dari apa yang di dapati dari Kaji Selidik yang di jalankan dari Orang Tua-tua di Perak terutamanya CATITAN MULUT Tok Medan anak kepada Tok Yang Goleng dan Ustazah Rohani Binti Osman yang merupakan seorang yang banyak menyimpan RAHSIA Keluarga Tun Puteh dari apa yang di amanahkan oleh orang tuanya untuk di sampaikan kepada Jenerasi seterusnya.
2. SALASILAH DAN KETURUNAN
3. ALAMAT
Segala urusan surat menyurat ke persatuan ini hendaklah dialamatkan kepada
YDP NGO,
JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH,
LOT 3019, JALAN SEROJA OFF JALAN HJ. WAHAB,
KG. OLAK LEMPIT,
42700, BANTING,
SELANGOR DE
3. OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan ikatan silaraturrahim diantara ahli-ahli keluarga JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH
3.2 Menggalakkan semangat toleransi dan bergotong royong serta saling bekerjasama dalam apa jua urusan Keluarga ; JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH
3.3 menggalakkan ahli supaya menambahkan ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang;
3.4 Menggalakkan ahli-ahli supaya mempunyai semangat dan akhlak yang baik, saling hormat-menghormati terhadap orang yang lebih tua;
3.5 Memberi SEDEKAH kewangan dan kebajikan kepada ahli-ahli yang MEMERLUKAN.
4. KEAHLIAN
Keahlian adalah secara automatik samada dari keluarga asal JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH atau setelah berkahwin dengan ahli Keluarga JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH.
5. YURAN DAN PUNCA KEWANGAN
Berdasarkan konsep zakat dan SEDEKAH, sama ada setiap bulan atau jika perlu atau terikut niat di hati.
6. PERBELANJAAN/ KEGUNAAN KEWANGAN JIKA INGIN MENJAYAKAN SESUATU PERISTIWA ATAU KEPERLUAN SEMASA atau JKA PERLU. ADALAH DI CADANGKAN SEPERTI DI BAWAH INI DAN IANYA TIDAK TERIKAT DENGAN APA YANG TERTULIS DI BAWAH INI dan BUKAN PAKSAAN......
6.1 Peruntukan Perjumpaan Hari Raya Korban RM200.00
6.2 Khairat Kematian RM200.00
6.3 Bantuan Perubatan RM250.00
6.4 Insentif Perkahwinan
(Perkahwinan kali pertama) RM250.00
6.5 Insentif IPTA/IPTS
Diploma RM 30.00
Ijazah Sarjana Muda RM 50.00
7. Hari Perjumpaan Keluarga
Ditetapkan pada Hari Raya/Raya Korban dan sekurang-kurangnya SEKALI setiap tahun.
DISEDIAKAN OLEH:
Hj. Lukhman Bin Hj. Mahmud Al-Chepowi
Penyimpan Dukumentasi Keturunan Tun Puteh
JALINAN KASIH KETURUNAN TUN PUTEH CHEPOR LENGGONG.
Subscribe to: Posts (Atom)